Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma
yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin
juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan
dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah
bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah
diatasnya?
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Terdapat
2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih
kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih
kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah
mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih
kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya
kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
Kandungan
nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin
4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm;
Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C
1mg.
Read more: http://manmala.blogspot.com/2011/12/khasiat-dan-kelebihan-buah-tin.html#ixzz1qhLxvBrt
0 komentar:
Posting Komentar